Israel Terus Mengebom Gaza dengan Dahsyat

2024-04-26 14:43:07  CRI
Share with:

Israel meneruskan pengeboman dahsyat di Genting Gaza untuk dua hari berturut-turut yang bermula pada Rabu di samping melancarkan operasi ketenteraan di selatan Lubnan. 

Menurut AFP, Israel menaik taraf serangan udara dan serangan artileri terhadap Gaza setelah Kongres Amerika Syarikat (AS) meluluskan satu rang undang-undang melibatkan bantuan kepadanya dalam bilangan yang besar.


Rang undang-undang bantuan luar yang bernilai USD95 bilion (RM454 bilion) itu merangkumi bantuan bernilai USD26.38 bilion (RM126 bilion) kepada Israel, dan berkuatkuasa sebagai satu akta setelah diluluskan dalam Senat pada Selasa dan kemudian ditandatangani Presiden Joe Biden pada Rabu.