Pameran Automobil Antarabangsa Beijing 2024 Dirasmikan

2024-04-26 14:40:33  CRI
Share with:

Pameran Automobil Antarabangsa Beijing 2024 dirasmikan pada Khamis. Terdapat 278  dari kesemua kira-kira 1,000 kenderaan pameran merupakan jenis BEV (kenderaan elektrik bateri), iaitu naik 70 peratus berbanding edisi pada empat tahun lalu, manakala BEV menduduki lebih 80 peratus dalam keseluruhan pelancaran kenderaan model baru, dan terdapat hampir 20 jenama BEV membuat debut dalam pameran ini.

Sebagai pasaran kenderaan yang paling besar di dunia, China sudah menjadi lokasi tumpuan pelbagai konglomerat dalam pelaksanaan strategi global, khususnya dalam bidang BEV.