China, Tanzania Komited Tingkatkan Perkongsian Strategik Komprehensif

2024-04-26 16:35:45  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Tanzania, Samia Suluhu Hassan hari ini masing-masing mengutus perutusan tahniah atas peringatan ulang tahun ke-60 terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara.


Xi mengatakan, kedua-dua negara konsisten dalam memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik pada beberapa tahun kebelakangan ini, dan membuahkan hasil yang melimpah dalam kerjasama pelbagai bidang sehingga sudah menjadi teladan bagi kerjasama Selatan-Selatan.


"Berdiri di titik permulaan sejarah baharu, saya bersedia berusaha bersama dengan puan Samia Suluhu Hassan untuk meneruskan hubungan persahabatan, memperjuangkan matlamat pembinaan bersama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), terus menambah warna kepada perkongsian strategik komprehensif serta memberikan lebih banyak sumbangan kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Afrika yang holistik," ujar Xi.


Puan Samia Suluhu Hassan pula mengatakan, pihaknya mengucapkan banyak terima kasih atas sokongan China kepada pembangunan di negaranya. Tanzania akan terus menyokong pembinaan bersama dalam kerangka BRI serta pelbagai inisiatif yang dikemukakan oleh China, dan komited meningkatkan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara.