Kedai Bebas Cukai Hainan Catat Jualan Memberangsangkan

2024-04-26 14:53:36  CRI
Share with:

Sejak dasar bebas cukai luar pesisir diperkenalkan di Hainan 13 tahun lalu, jumlah jualan bebas cukai yang direkod pulau itu melepasi 223.6 bilion yuan (RM147.6 bilion) dengan membabitkan pembeli-belah seramai 40.86 juta.


Rombongan wartawan yang mengikuti Program Kenali Hainan "China Up Close" Rakan Media ASEAN diberi peluang untuk melawat dan membuat liputan di Kota Bebas Cukai Antarabangsa Sanya CDF pada Khamis. 

Pada April 2011, Sanya dipilih sebagai lokasi rintis pelaksanaan dasar bebas cukai luar pesisir.


Perkhidmatan jualan secara dalam talian turut ditawarkan demi kemudahan para pembeli-belah.