Kru Shenzhou-17 Akan Kembali ke Bumi

2024-04-27 15:00:53  CRI
Share with:

Kru dari kapal angkasa lepas bermanusia Shenzhou-17 akan kembali ke Bumi dengan mendarat di Medan Pendaratan Dongfeng pada 30 Apr. Pihak-pihak berkenaan telah mengadakan latihan mencari dan menyelamat angkasawan yang sistematik dan komprehensif mutakhir ini untuk menyambut kepulangan para angkasawan yang sudah menyelesaikan tugasannya di stesen angkasa lepas.

Kesemua aset dan keanggotaan terbabit dilaporkan berada dalam keadaan yang baik pada masa ini dan bersiap siaga untuk menjalankan misi mencari dan menyelamat, manakala kru Shenzhou-17 telah menyelesaikan pelbagai kerja persiapan untuk meninggalkan stesen angkasa lepas.