Kereta Api Kargo Tergelincir di AS

2024-04-28 15:22:05  CRI
Share with:

Sebuah kereta api kargo yang membawa metana dan petro tergelincir sebelum terbakar di kawasan sempadan negeri Arizona dengan negeri New Mexico Amerika Syarikat (AS) pada tengah hari Jumaat lalu waktu tempatan. 


Lebuh raya berdekatan lokasi kemalangan itu terpaksa ditutup untuk sementara waktu. Setakat ini, tiada kematian atau kecederaan dilaporkan.

Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan (NTSB) dan pihak-pihak berkuasa berkaitan akan menjalankan siasatan terhadap kemalangan tersebut.