Kira-kira Seratus Penunjuk Perasaan Pro-Palestin Ditahan Polis

2024-04-28 15:16:29  CRI
Share with:


Menurut laporan media Amerika Syarikat (AS), Universiti Northeastern di Boston, Massachusetts, menyatakan bahawa polis tempatan telah merobohkan sebuah kem penunjuk perasaan yang pro-Palestin di kampus universiti berkenaan pada Sabtu dan kira-kira 100 orang ditahan.


Menurut laporan itu, penunjuk perasaan yang memegang dokumen sah Universiti Northeastern telah dibebaskan, namun mereka akan berdepan tindakan berdasarkan peraturan universiti terbabit, dan bukannya tindakan undang-undang.


Ini operasi tangkapan besar-besaran kali kedua yang dilakukan di kampus universiti di Boston pada minggu ini.