Perkhidmatan Awam Berkualiti Tersedia dalam Taman Perumahan di Shandong

2024-04-29 14:51:21  CRI
Share with:

Sebanyak 15 taman perumahan di kaunti Juye bandar Heze di provinsi Shandong telah dilengkapi Pusat Perkhidmatan untuk Rakyat sejak tahun 2023.

Perkhidmatan awam yang berkualiti yang tersedia dalam pusat-pusat tersebut boleh dinikmati penduduk setempat pada harga yang berpatutan,  dengan meliputi jagaan golongan warga emas, bekalan makanan di taman perumahan, pembersihan isi rumah, kesihatan, sukan dan aktiviti riadah, kebudayaan dan persantaian, serta aktiviti rekreasi untuk kanak-kanak.