Perkhidmatan Jagaan Warga Emas Semakin Baik di Kaunti Wei

2024-04-29 15:07:29  CRI
Share with:

Pembangunan sistem multifungsi tentang perkhidmatan jagaan warga emas di luar bandar dipergiatkan di kaunti Wei bandar Xingtai di provinsi Hebei pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Pusat Perkhidmatan Jagaan Warga Emas yang ditubuhkan atas bantuan jabatan kerajaan, beroperasi menyediakan perkhidmatan yang semakin baik membabitkan makanan, perubatan dan hiburan kepada kumpulan orang tua yang tinggal di rumah sendiri di kawasan luar bandar.