Pasaran Kebudayaan dan Pelancongan Semakin Rancak di Dali
Pasaran kebudayaan dan pelancongan menjadi semakin rancak dan perkhidmatan yang berkaitan pun semakin baik di Daerah Autonomi Dali yang berpenduduk etnik Bai di provinsi Yunnan pada tahun-tahun kebelakangan ini, hasil pelaksanaan langkah-langkah insentif bagi mempergiatkan industri kebudayaan dan pelancongan, penganjuran aktiviti yang beraneka ragam serta pelaksanaan tindakan yang mesra rakyat.
Menurut statistik berkenaan, daerah Dali menerima kunjungan pelancong domestik dan asing sebanyak 95 juta orang pada tahun 2023, menyaksikan peningkatan sebanyak 67.39% tahun ke tahun dengan jumlah pendapatan pelancongan sebanyak RMB160.3 bilion (RM106.1 bilion).