Platform Pintar Mudahkan Kehidupan Warga Emas

2024-04-29 17:17:48  CRI
Share with:



Di sebuah pusat perkhidmatan warga emas di bandar Shijiazhuang, provinsi Hebei, kakitangan kelihatan sedang memberi penjelasan mengenai cara penggunaan platform perkhidmatan komprehensif pintar kepada warga emas.



Platform yang dibangunkan oleh pusat itu menggabungkan pelbagai teknologi maju seperti internet benda (IoT), internet mudah alih dan pengkomputeran awan. Warga emas boleh berhubung dengan pusat perkhidmatan, syarikat yang terlibat, dan institusi perubatan dari rumah melalui platform ini, untuk mengajukan permintaan dalam kehidupan, kesihatan, keselamatan, hiburan dan sebagainya.