"Ekonomi Bunga" Dirancakkan di Chongqing

2024-04-29 15:14:55  CRI
Share with:

"Ekonomi bunga" yang bertunjangkan tanaman bunga peoni dan bunga Shaoyao (peoni rumput) berkembang maju di kaunti Dianjiang, bandar Chongqing pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Setakat ini, seluruh kaunti Dianjiang sudah mempunyai tanaman bunga seluas lebih 1,333 hektar yang bertaburan lebih 200 jenis peoni dan 36 jenis Shaoyao yang diperkenalkan dari luar.