Pesta Pelancongan Bunga Sophora Japonica Linn Jadi Tarikan Zaoqiang
2024-04-29 17:16:26 CRI
Pesta Bunga Huaihua (Sophora Japonica Linn) kedua dirasmikan di kaunti Zaoqiang provinsi Hebei pada 26 April lalu.
Selain menikmati kecantikan dan keharuman bunga Sophora Japonica Linn, para pelancong juga berpeluang untuk menonton persembahan kesenian, menyertai marathon mini, dan berkhemah di hutan pokok Sophora Japonica Linn.
Yang menarik lagi adalah pelbagai jenis makanan yang dibuat menggunakan bunga Sophora Japonica Linn, seperti kuih, bubur, ladu dan lain-lain, akan dihidangkan kepada pelancong.