Myanmar Dilanda Gelombang Haba

2024-04-30 14:17:22  CRI
Share with:

Myanmar merekodkan suhu tertinggi sepanjang April iaitu 48.2 darjah Celsius berikutan gelombang haba yang melanda negara itu baru-baru ini.


Menurut Jabatan Meteorologi dan Hidrologi Myanmar, suhu di bandar Chauk, wilayah Magway mencecah 48.2 darjah Celsius pada Ahad.


Ia merupakan suhu tertinggi yang pernah dilihat di mana-mana kawasan di Myanmar pada April sejak 56 tahun lalu.


Dilaporkan, tujuh wilayah di bahagian tengah Myanmar antaranya Mandalay dan Magway mencatatkan bacaan suhu tertinggi yang pernah direkodkan pada April.