Forum Pertukaran Sesama Rakyat China-Perancis Dianjur di Paris

2024-05-01 13:23:54  CRI
Share with:

Forum peringkat tinggi China-Perancis mengenai pertukaran sesama rakyat berlangsung di Paris pada Selasa.


Acara itu dianjurkan bersama Persatuan Diplomasi Awam China, Kumpulan Media China (CMG) dan Kedutaan Besar China di Perancis.


Dihadiri pegawai kerajaan, wakil persatuan persahabatan dan institusi penyelidikan serta pengamal media, forum itu memberi peluang kepada tokoh-tokoh dua negara untuk menjalankan dialog mengenai perkembangan hubungan dua hala, interaksi sosiobudaya dan kerjasama media.

Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapan menerusi pautan video berkata CMG giat menceritakan kisah persahabatan China-Perancis, meningkatkan persefahaman sesama rakyat serta menggalakkan saling belajar antara tamadun.


Tambah beliau, CMG menyiarkan siri program unggul dan melancarkan aktiviti berskala besar sempena sambutan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik China-Perancis.


CMG merancang mengerahkan pasukan melebihi 2,000 orang untuk membuat penyiaran dan liputan terhadap Sukan Olimpik Paris, bekerjasama dengan media dan institusi Perancis untuk pembikinan filem dan drama bersiri, di samping melancarkan siri aktiviti media 'Dari Beijing ke Paris'.