Pertemuan Tiga Hala Pemimpin China, Perancis dan EU Bakal Diadakan
2024-05-01 15:30:51 CRI
Pertemuan tiga hala membabitkan Presiden China Xi Jinping, Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen dijadual berlangsung sempena lawatan Presiden Xi ke Perancis.
Perkara itu diumumkan jurucakap Kementerian Luar Lin Jian dalam taklimat harian di Beijing pada Selasa.
Lin berkata China bersedia bersama Perancis dan Kesatuan Eropah (EU) menggerakkan hubungan China-EU ke arah lebih strategik, mantap, konstruktif dan saling untung, di samping memberi sumbangan positif kepada pembangunan masing-masing serta keamanan dunia.