Aliran Pelancong Domestik Rekod 1.419 bilion
2024-05-02 12:14:49 CRI
Aliran pelancong domestik bagi suku pertama tahun ini dicatat 1.419 bilion dengan kadar pertumbuhan sebanyak 16.7 peratus.
Menurut Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan (MCT), dari Januari hingga Mac, perbelanjaan pelancongan domestik merekodkan 1.52 trilion yuan (RM1 trilion), bertambah 220 bilion yuan (RM144.8 bilion) atau 17 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.