Xi Mahu Usaha Sedaya Upaya Selamatkan Mangsa Jalan Runtuh di Guangdong

2024-05-02 14:39:09  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping mengarahkan supaya segala usaha habis-habisan dilakukan untuk menyelamat mangsa insiden jalan runtuh di provinsi Guangdong.


Insiden runtuhan sebahagian lebuh raya di bandar Meizhou yang berlaku pada kira-kira pukul 2.10 pagi Rabu menyebabkan 36 orang maut dan 30 lagi cedera setakat pagi tadi.


Susulan itu, Xi menekankan perlunya berusaha sedaya upaya merawat mereka yang cedera serta membuat aturan rapi untuk kerja susulan.


Beliau turut menuntut kerja memperbaiki jalan yang rosak disegerakan bagi memastikan lalu lintas kembali lancar secepat mungkin.