Fed Kekalkan Kadar Dana Persekutuan

2024-05-02 14:23:50  CRI
Share with:

Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat pada Rabu mengumumkan kadar dana persekutuan dikekalkan dalam julat 5.25 peratus hingga 5.5 peratus.


Sementara itu, Fed juga akan terus menangguhkan penurunan kali pertama kadar faedah ekoran tahap inflasi yang melebihi jangkaan.


Ia sekali gus menyaksikan Fed mengekalkan kadar faedah tidak berubah sebanyak enam kali sejak September 2023.