Tinjauan CGTN: 80 Peratus Responden Perancis Sanjung Pengaruh China

2024-05-02 15:07:53  CRI
Share with:

Menjelang lawatan Presiden China Xi Jinping ke Peracnis, satu tinjauan pendapat umum membabitkan 1,513 warga Perancis menunjukkan 80.2 peratus responden berpendapat China merupakan kuasa besar yang berpengaruh dan 70.3 peratus menganggap China sebagai sebuah negara yang berjaya.


Tinjauan yang dijalankan bersama Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) dan Universiti Renmin China itu turut mendapati responden Perancis menghargai pencapaian China dalam usaha memperkasa pembangunan berkualiti dan keterbukaan bertaraf tinggi.


Dalam pada itu, 91.5 peratus responden menyanjung kejayaan pembangunan China, sementara 72.7 peratus berpendapat China memberi sumbangan penting kepada ekonomi dunia.


Nilai dagangan antara China dengan Perancis meningkat lebih 800 kali ganda sejak kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik 60 tahun lalu.


Perancis bakal menjadi negara tetamu utama bagi Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) dan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) edisi ketujuh pada tahun ini.


Sehubungan itu, 86.2 peratus responden menyifatkan perusahaan China mempunyai pengaruh amat besar di pasaran antarabangsa, sementara 66.2 peratus berpendapat iklim perniagaan China berdaya tarikan tinggi bagi para pelabur.


Hasil tinjauan turut menunjukkan 76.7 peratus responden menganggap China merupakan sebuah negara besar yang bermandiri secara strategik.


Bagi responden dalam lingkungan umur 18 hingga 24 tahun, 75.3 peratus menyifatkan China sebagai kuasa besar yang bertanggungjawab dan menantikan negara Tembok Besar memainkan peranan lebih besar dalam tadbir urus global.