Perang Bantut Pembangunan Gaza Berdekad-dekad: PBB

2024-05-03 15:42:29  CRI
Share with:

Perang di Gaza akan membantutkan pembangunan kawasan berkenaan berdekad-dekad lamanya, menurut laporan disiarkan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dan Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB bagi Asia Barat (ESCWA).


Laporan itu menyebut, konflik di Gaza sudah berlarutan hampir tujuh bulan. Jika melebihi tujuh bulan, pembangunan Gaza akan langkah ke belakang 37 tahun. Jika lebih sembilan bulan, hasil pembangunan yang diraih sepanjang 44 tahun akan menjadi sia-sia sehingga separas 1980. 


Bagi seluruh Palestin, sekiranya konflik di Gaza berlarutan lebih sembilan bulan, taraf pembangunan akan menyusut lebih 20 tahun.