Protes di Kampus AS, Lebih 2,000 Ditangkap

2024-05-03 16:30:40  CRI
Share with:

Lebih daripada 2,000 orang pelajar universiti Amerika Syarikat (AS) ditangkap polis susulan penglibatan mereka dalam protes menentang konflik Palestin-Israel.

 

Sejak pertengahan April, pasukan polis bertindak menyuraikan peserta demonstrasi yang berkhemah di kampus universiti.

 

Protes yang dimulakan di Universiti Columbia di New York turut merebak ke universiti lain di AS, dengan tuntutan supaya kerajaan menghentikan sokongan ketenteraan terhadap Israel, selain merayu gencatan senjata diwujudkan di Gaza.