Hantaran Kargo Rel China-Laos Catat Lonjakan

2024-05-03 16:13:14  CRI
Share with:

Jumlah hantaran kargo melalui landasan kereta api China-Laos dicatat melebihi 1.83 juta tan pada empat bulan pertama tahun ini, melonjak 32.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. 


Perkhidmatan kereta api itu menunjukkan 'kesan sinaran' yang semakin kuat, menyaksikan struktur barangan dihantar terus dioptimumkan dan eksport produk berteknologi canggih bertambah banyak. 


Selain itu, pertambahan import agromakanan dan hasil galian juga menyumbang kepada lonjakan hantaran kargo berkenaan.