Utara Gaza Berdepan 'Kebuluran Menyeluruh': WFP
2024-05-04 15:33:38 CRI
Bahagian utara Gaza berada dalam 'kebuluran menyeluruh' dan keadaan seumpama sedang merebak ke sebelah selatan.
Demikian kata Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Cindy H. McCain dalam satu temu bual baru-baru ini.
Beliau menegaskan berdepan malapetaka kemanusiaan yang makin serius di Gaza, adalah mustahaknya untuk melakukan gencatan senjata dan menambah penghantaran barang bantuan dalam skala besar menerusi darat dan laut.