Armada Tentera Laut China Singgah di Malaysia

2024-05-04 13:53:55  CRI
Share with:

Kumpulan ke-45 armada pengiring tentera laut China singgah di Pelabuhan Klang Malaysia bermula Khamis untuk mengisi bekalan bahan keperluan dan berehat selama empat hari.

Ketibaan armada itu disambut oleh lebih 200 orang merangkumi wakil pihak tentera Malaysia, kakitangan kedutaan China, wakil perusahaan China, perantau China serta masyarakat Cina tempatan.


Sepanjang singgah di pelabuhan itu, siri aktiviti interaksi dan pertukaran akan turut diadakan antaranya pertemuan pihak rasmi kedua-dua negara, pertandingan persahabatan acara sukan, majlis resepsi dek dan lain-lain.