Kejohanan Wusyu Antarabangsa Brunei Pertama Dirasmikan

2024-05-04 14:24:22  CRI
Share with:

Kejohanan Wusyu Antarabangsa Brunei edisi pertama dirasmikan di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam pada Jumaat.


Temasya itu turut menarik penyertaan pasukan wusyu dari Brunei, Malaysia, Indonesia, Australia, serta wilayah Hong Kong dan provinsi Zhejiang China.


Seramai hampir 100 peserta akan bertanding dalam lebih 60 acara yang ditawarkan temasya selama tiga hari itu.


Kejohanan itu anjuran Persekutuan Wusyu Brunei bersama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), dengan tujuan memberi peluang kepada atlet muda untuk bertanding sambil mengadakan pertukaran di peringkat antarabangsa sekali gus memacu perkembangan sukan berkenaan.