Wakil Khas Presiden Xi Hadir Sidang Kemuncak OIC

2024-05-06 12:36:34  CRI
Share with:


Atas undangan Presiden Gambia Adama Barrow, wakil khas Presiden China Xi Jinping yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan, Zheng Jianbang telah menghadiri sesi ke-15 Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Banjul, Gambia pada 4 hingga 5 Mei yang lalu, dan membaca perutusan tahniah daripada Xi Jinping dalam majlis perasmian sidang tersebut.


Ketika bertemu dengan Presiden Adama Barrow, Zheng juga menyampaikan salam daripada Presiden Xi kepada beliau dan ucapan tahniah kepada Gambia yang menganjurkan sidang kemuncak kali ini dengan jayanya. 


Zheng berkata, China mengambil berat terhadap hubungannya dengan Gambia, bersedia bersama-sama Gambia untuk memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, saling menyokong, bertindak pantas memperluas kerjasama, mengintensifkan interaksi antara agensi perundangan kedua-dua negara, meningkatkan penyelarasan dalam menangani hal ehwal antarabangsa sehingga mendorong kerjasama persahabatan kedua-dua negara menlonjak ke tahap yang baharu.


Adama Barrow pula berkata, Gambia mementingkan persahabatan dengan China yang telah memberi bantuan besar dalam pembangunan sosioekonomi negaranya, konsisten menyokong prinsip Satu China, dan bersedia mengintensifkan kerjasama pelbagai bidang dengan China demi kemajuan yang lebih besar dalam perkembangan hubungan bilateral.