Pameran Seni Paparkan Semangat Olimpik
Sempena lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Perancis, pameran seni China yang bertemakan “Dari Beijing ke Paris, Kembara Olimpik Seniman China dan Perancis” diadakan di Paris pada Isnin waktu tempatan.
Pameran tersebut dianjurkan bersama Kumpulan Media China (CMG), Jawatankuasa Olimpik dan Sukan Kebangsaan Perancis, Liga Bola Sepak Perancis (LFP) dan beberapa organisasi kesenian tempatan.
Presiden CMG, Shen Haixiong ketika menyampaikan ucapan pada majlis perasmian berkata, sukan dan seni adalah komponen penting dari budaya manusia. CMG akan menghantar lebih 2,000 kakitangan untuk membuat laporan dan penyiaran, menggunakan hasil teknologi tercanggih “5G+4K/8K+AI” untuk membuat isyarat awam antarabangsa bagi empat temasya sukan yang berprestij di dunia.
Pameran seni kali ini menghimpunkan lebih 200 karya yang dihasilkan oleh lebih 100 seniman komtemporari China. Karya-karya tersebut meliputi lukisan tradisional China, kaligrafi, lukisan minyak, arca, seni multimedia dan warisan budaya tidak ketara. Pameran tersebut dibuka awam pada 7 hingga 18 Mei.