Presiden Xi Tiba di Belgrade
2024-05-08 05:05:14 CRI
Presiden China Xi Jinping tiba di Belgrade pada malam Selasa waktu tempatan untuk mengadakan lawatan rasmi ke Serbia.
Tentera Udara Serbia menghantar dua jet pejuang untuk mengiringi pesawat khas yang dinaiki Xi selepas ia memasuki ruang udara negara itu.
Xi dan isterinya, Peng Liyuan disambut mesra oleh Presiden Serbia Aleksandar Vucic dan isterinya, Tamara Vucic, di Lapangan Terbang Nikola Tesla Belgrade.
Dalam majlis sambutan yang bercirikan tempatan, pasangan Xi telah menerima sejambak bunga dari kanak-kanak, dan bertemu mesra dengan mereka yang mengibarkan bendera negara China dan Serbia, serta berpakaian tradisional menyanyi dan menari.