Xi Hadiri Majlis Jamuan Alu-aluan di Belgrade

2024-05-08 22:51:06  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan isterinya Peng Liyuan menghadiri majlis jamuan alu-aluan anjuran Presiden Serbia, Aleksandar Vucic di Belgrade pada tengah hari Rabu waktu tempatan.


Sebelum itu, Xi dan Vucic telah mengadakan rundingan secara menyeluruh dan mendalam, dan turut mencapai banyak persepakatan. Setelah menandatangani Pengumuman Bersama, kedua-dua pemimpin ini berikrar untuk membina Komuniti Berkongsi Nasib China-Serbia pada era baharu yang dilihat sebagai satu lonjakan signifikan dalam perkembangan hubungan dua hala.


Xi menyatakan bahawa hubungan China-Serbia yang berada di satu detik sejarah yang baharu, menghadapi peluang yang berharga dan masa depan yang cerah. China bersedia bersama-sama dengan rakyat Serbia yang ramah mesra melengkapkan matlamat perjuangan tentang pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib China-Serbia pada era baharu.