Masa Depan Ikatan China-Serbia Kelihatan Semakin Cerah
Beijing dan Belgrade akan menandatangani "Perisytiharan Bersama China-Serbia tentang Penaiktarafan Perkongsian Strategik Komprehensif dan Pembentukan Komuniti Berkongsi Nasib pada Era Baharu" bagi membuka lembaran sejarah yang lebih bermakna dalam perkembangan hubungan bilateral.
Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Serbia, Aleksandar Vucic di Belgrade pada pagi Rabu.
"Dengan pimpinan Presiden Vucic yang berpandangan strategik dan bertanggungjawab dari segi sejarah, Serbia dapat mengecapi pencapaian yang mengujakan dalam mengekalkan landskap politik yang stabil, memacu pembangunan ekonomi, menambahbaik hidup rakyat, meningkatkan kekuatan negara secara komprefensif dan mengharumkan nama negaranya di persada dunia," kata Xi.
Beliau menambah, persahabatan antara kedua-dua negara adalah teruji di sebalik pergolakan situasi antarabangsa. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, komunikasi dan pertukaran antara Presiden kedua-dua negara telah membuahkan hasil yang signifikan dalam mendorong perkembangan hubungan bilateral yang turut menyaksikan lonjakan yang besar. Khususnya setelah hubungan dua hala dinaiktaraf ke Perkongsian Strategik Komprehensif pada 2016, China dan Serbia malah sudah menjadi teladan dalam senario Eropah dari segi peningkatan persahabatan.
China bersedia terus menyuburkan persahabatan sejati itu, memelihara kepentingan teras milik negara masing-masing untuk suatu jangka masa yang panjang, memperjuangkan matlamat pembangunan nusa dan bangsa, sekaligus mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib China-Serbia.