Tindakan AS Paksa TikTok Dijual adalah Haram

2024-05-09 11:21:13  CRI
Share with:

ByteDance dan anak syarikatnya TikTok bersama memfailkan dakwaan kepada mahkamah Amerikat Syarikat (AS) pada Selasa lalu, dengan tujuannya menghalang kerajaan negara itu dari memaksa TikTok dijual.


Presiden AS, Joe Biden telah menandatangani satu draf undang-undang yang sudah diluluskan Senat pada 24 April lalu. Menurut akta tersebut, syarikat ByteDance harus menjual urusannya di AS dalam tempoh 270 hari, jika tidak, TikTok akan menghadapi perintah larangan di peringkat kebangsaan AS.


Sebagai satu wahana media sosial video pendek yang mempunyai pengguna aktif sebanyak 170 juta di AS, TikTok menegaskan bahawa kerajaan AS gagal menunjukkan apa-apa pun bukti tentang TikTok mempunyai risiko keselamatan data atau risiko propraganda politik dari luar negara.


Akta itu dianggap tidak sejajar dengan Perlembagaan AS.