China Seru Bekerjasama Dorong Tadbir Urus AI Global

2024-05-09 13:06:41  CRI
Share with:

China menyeru masyarakat antarabangsa bekerjasama untuk mendorong tadbir urus AI dalam senario global demi matlamat pembangunan mampan.


Demikian dinyatakan naib wakil tetap China di PBB, Dai Bing dalam satu mesyuarat khas anjuran Majlis Ekonomi dan Sosial PBB tentang penggunaan AI dalam memperjuangkan matlamat pembangunan mampan pada Selasa lalu.


Menurut Dai, hendaklah mengekalkan amalan multilateralisme yang sebenar, menjamin semua negara khususnya negara membangun dapat menyertai tadbir urus AI dalam senario global secara menyeluruh dan sama rata.


China menyokong PBB memainkan peranan sebagai saluran utama, dan juga menyokong pelbagai pihak membentuk kerangka tadbir urus AI antarabangsa berdasarkan konsensus. "Inisiatif Tadbir Urus AI Global" dikemukakan China pada Oktober tahun yang lalu boleh dijadikan rujukan dalam perbincangan dan penggubalan peraturan yang berkenaan.


Dai berkata, jurang perbezaan antara negara membangun dengan negara maju dalam bidang teknologi digital dan pintar perlu dikecilkan, manakala usaha juga perlu dibuat untuk membantu negara membangun meningkatkan pembinaan keupayaan, menjalankan kerjasama antarabangsa dan menghulurkan bantuan, dan menjadikan AI dapat dimanfaatkan pembangunan mampan dan peningkatan kesejahteraan umat manusia.