Kapal Pengangkut Pesawat Fujian China Selesaikan Ujian Pelayaran Sulung

2024-05-09 11:18:42  CRI
Share with:

Kapal pengangkut pesawat ketiga China yang diberi nama Fujian kembali ke Dermaga Kilang Pembuat Kapal Jiangnan di bandar Shanghai pada kira-kira pukul 3 petang Rabu selepas selesai ujian pelayaran sulungnya.

Dalam tempoh ujian pelayaran tersebut, Kapal Fujian menyelesaikan ujian terhadap sistem pendorongan dan elektrik serta kemudahan lain yang terbukti mencapai keputusan yang dijangkakan.

Ujian susulan terhadap kapal itu akan dijalankan menurut rancangan yang sedia ada pada fasa seterusnya.