"Classic Quotes by Xi Jinping" Disiarkan di Hungary

2024-05-09 14:21:04  CRI
Share with:

Majlis pelancaran program "Classic Quotes by Xi Jinping" versi antarabangsa terbitan Kumpulan Media China (CMG), diadakan di Budapest pada Rabu, bersempena lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Hungary.


Bekas Presiden Hungary Pál Schmitt dan bekas Perdana Menteri Péter Medgyessy mengucapkan tahniah kepada penyiaran program tersebut.


Presiden CMG Shen Haixiong ketika berucap pada majlis pelancaran program itu menyatakan bahawa penyiaran "Classic Quotes by Xi Jinping" versi antarabangsa di Hungary dipercayai akan membuka tingkap pemikiran bagi rakyat Hungary untuk memahami kebijaksanaan tadbir urus oleh Presiden Xi Jinping dan mengetahui lebih lanjut tentang budaya dan falsafah China, di samping merasai daya tarikan istimewa tamadun China pada era baharu ini.


"Classic Quotes by Xi Jinping" versi antarabangsa memfokuskan tema kemakmuran bersama dan pembangunan hijau, menghimpunan pilihan ucapan dan kiasan asal Presiden Xi Jinping, mentafsirkan kiasan dan kebijaksanaan China dari perspektif antarabangsa demi memaparkan kebijaksanaan politik Presiden Xi yang luar biasa dan warisan sejarah dan budaya yang mendalam, selain menunjukkan asal-usul budaya dan kecemerlangan pemodenan ala China.


Program itu mula disiarkan di Televisyen Negara Hungary dan media arus perdana di negara itu bermula Rabu.