Mesyuarat Pegawai Kanan China-ASEAN Ke-30 Dijadualkan di Jakarta

2024-05-09 12:04:59  CRI
Share with:

Naib Menteri Luar China, Sun Weidong akan menghadiri Mesyuarat Pegawai Kanan China-ASEAN Ke-30 yang dijadualkan di Jakarta, Indonesia pada 9 hingga 10 Mei.


Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian pada sidang media pada Rabu.


Dimaklumkan bahawa semasa berlangsungnya mesyuarat kali ini, China berharap agar bersama dengan pihak-pihak terbabit mengenang kembali dan meninjau prospek perkembangan Perkongsian Strategik Komprehensif China-ASEAN, dengan menumpu kepada usaha mendorong ikatan China-ASEAN dan kerjasama serantau Asia Timur di bawah situasi semasa yang baharu supaya dapat membuahkan lebih banyak hasil yang substantif demi usaha membentuk Komuniti Berkongsi Nasib China-ASEAN, dan menggalakkan kedamaian, kestabilan dan pembangunan bersama setempat.