Xi Tiba di Budapest

2024-05-09 03:42:52  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping tiba di Budapest pada malam Rabu waktu tempatan dan turut memulakan lawatan rasminya di Hungary.


Ketibaan Presiden Xi disambut meriah oleh barisan pemimpin negara Hungary termasuk Perdana Menteri, Viktor Orban dan isterinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Budapest.


Xi dalam ucapan bertulis yang disampaikan di lapangan terbang menyatakan bahawa China dan Hungary merupakan teman sejati dan sabahat akrab yang boleh dipercayai antara satu sama lain.


“Perkembangan hubungan China-Hungary memanfaatkan peluang yang besar yang wujud pada tahun ini, iaitu ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik kedua-dua negara. Saya berharap melalui rundingan dengan Presiden Tamas Sulyok dan Perdana Menteri Viktor Orban bersama-sama menggaris cetak biru baharu bagi mengembangkan kerjasama kedua-dua negara, memacu hubungan dua hala berkembang menuju ke tarap lebih tinggi,” kata Xi.


"Saya yakin di sebalik situasi antarabangsa yang penuh dengan perubahan drastik dan ketidaktentuan, China dan Hungary boleh berpandangan jauh dalam mengembangkan hubungan bilateral, bersama-sama membina Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan dan memberikan sumbangan sewajarnya kepada usaha menggalakkan keamanan, pembangunan dan kemakmuran dunia. Diyakini dengan usaha bersama kedua-dua pihak, lawatan kali ini dapat dijayakan dan dijadikan penggerak bagi mendorong hubungan dua hala berkembang ke masa depan yang lebih cerah," tambah Xi.