China Berusaha Capai Kemajuan dalam Rundingan DEPA
Perwakilan dari China, Chile, New Zealand, Singapura dan Korea Selatan telah bertukar-tukar pendapat secara mendalam berhubung permohonan China untuk menganggotai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Digital (DEPA) pada sesi perunding kanan ke-5 DEPA di Auckland, New Zealand pada 7 Mei.
Demikian dimaklumkan jurucakap Kementerian Perdagangan China, He Yadong dalam sidang media pada Khamis.
Untuk rekod, Beijing telah mengemukakan permohonan untuk menganggotai DEPA pada 1 November 2021. Regu Kerja China bagi Menganggotai DEPA ditubuhkan pada 18 Ogos 2022, dan turut melibatkan diri dalam rundingan terbabit secara komprehensif. Setakat ini, China telah mengadakan mesyuarat sebanyak beberapa pusingan dengan pelbagai kalangan dari negara anggota lain, dan sudah mencapai kemajuan yang memberangsangkan.