Ekspo Industri Teh Antarabangsa Sichuan Ke-13 Buka Tirai di Chengdu
"Ekspo Industri Teh Antarabangsa Sichuan Ke-13" yang bertema "Teh Berpunca dari Chengdu, Nikmati Masa Depan" telah membuka tirai di bandar Chengdu provinsi Sichuan pagi semalam.
Kesemua syarikat pempamer asing dilaporkan datang dari 18 buah negara dan kawasan, sedangkan pempamer domestik dari lebih 20 provinsi, wilayah autonomi dan bandar.
Antaranya, provinsi Sichuan sebagai pihak tuan rumah menonjolkan pameran teh tempatan yang berprestij dalam 6 kategori yang dibawa dari 11 bandar dan lebih 30 kaunti.
Difahamkan, ekspo kali ini antara temasya pameran teh yang profesional yang berskala paling besar di China pada tahun ini. Lebih 10 ribu produk baharu yang berunsurkan teh yang melibatkan kebudayaan, sains teknologi dan pelancongan dapat ditunjukkan dalam pameran sehingga membentuk satu wahana interaksi yang terbuka, bekerjasama, menang-menang dan berkongsi bagi sektor teh di Sichuan bahkan di peringkat kebangsaan.