IHP China Naik 0.3% pada April

2024-05-11 15:45:24  CRI
Share with:

Indeks Harga Pengguna (IHP) China pada April lalu meningkat 0.3% berbanding masa sama pada tahun lalu, menurut data terkini yang diumumkan oleh Biro Statistik Negara (NBS) hari ini.


Ketua Ahli Statistik dari Jabatan Perbandaran NBS, Dong Lijuan menjelaskan bahawa bahawa permintaan penggunaan penduduk terus pulih pada April lalu, yang menyumbang kepada peningkatan semula IHP dari bulan ke bulan.


Dalam pada itu, IHP teras, yang tidak termasuk harga makanan dan tenaga, merekodkan peningkatan sebanyak 0.2% dari bulan ke bulan, berbanding ia menurun 0.6% pada Mac lalu. IHP teras itu naik 0.7% dari tahun ke tahun, dan lebih tinggi 0.1 mata peratusan berbanding bulan sebelumnya.