Guterres Seru Gencatan Senjata Kemanusiaan di Gaza

2024-05-13 14:42:12  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres sekali lagi menyeru gencatan senjata kemanusiaan dilaksanakan di Gaza, dan menggesa perhatian diberikan terhadap bencana kemanusiaan di kawasan terbabit.


Menurut kenyataan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Timur Dekat (UNRWA) melalui akaun media sosial pada Ahad, kira-kira 300,000 rakyat Palestin di Rafah terpaksa meninggalkan kawasan itu sepanjang minggu lalu, disebabkan perintah pemindahan mandatori berterusan oleh pihak berkuasa Israel.


UNRWA menegaskan bahawa dakwaan tentera Israel mengenai "zon selamat" adalah palsu dan mengelirukan. 

Sebahagian rakyat Palestin setelah sampai ke Khan Younis dan tempat-tempat lain baru mendapati bahawa tempat perlindungan tempatan telah dimusnahkan dalam operasi ketenteraan Israel, kecuali hanya runtuhan yang ada di sana.