Kerugian Langsung Bencana Maritim Berkurang 49 Peratus

2024-05-13 14:28:03  CRI
Share with:

Kementerian Sumber Alam (MNR) China mengeluarkan beberapa produk ramalan bencana maritim pada mutakhir ini. 


China antara negara yang terjejas paling teruk dalam bencana maritim di dunia. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, MNR bekerjasama dengan beberapa jabatan lain untuk memperkasakan pembinaan rangkaian pemantauan tiga dimensi darat laut dan udara, sehingga berjaya membina sistem ramalan bencana maritim kolaboratif, melaksanakan projek "cip" ramalan laut, selain siap membina sistem amaran dan ramalan laut spektrum penuh. 


Dengan usaha bersama, kemampuan ramalan bencana maritim China semakin ditingkatkan, selain pencegahan bencana maritim mencapai hasil yang ketara. 


Kerugian ekonomi langsung berikutan bencana maritim di China pada tahun 2023 berkurang sebanyak 49 peratus berbanding angka purata bagi lima tahun sebelumnya.