Tuai Ceri Tambah Warna ke Ekopelancongan di Zhuji

2024-05-13 13:46:40  CRI
Share with:

Tibalah musim menuai ceri di pekan Zhaojia bandar Zhuji di provinsi Zhejiang baru-baru ini.

Pekan Zhaojia yang mempunyai tanaman ceri seluas lebih 200 hektar, merupakan salah satu lubuk utama bagi “ceri jenis Zhuji yang bertangkai pendek” yang tersenarai sebagai produk petunjuk geografi pertanian di peringkat kebangsaan.

Pelbagai aktiviti melibatkan ceri seperti memetik serta membeli-belah di pasar jalanan, dilaporkan kondusif bagi penduduk tempatan menambah warna ke program ekopelancongan dan menjana pendapatan.