Seorang Remaja Maut Kes Tembakan di AS

2024-05-13 12:39:06  CRI
Share with:


Menurut Associated Press (AP), kes tembakan berlaku di Northborough, pekan kecil di kawasan tengah Massachusetts Amerika Syarikat (AS) pada awal pagi Ahad waktu tempatan, mengakibatkan seorang remaja berusia 16 tahun mati dan seorang lagi berusia 17 tahun cedera. 


Menurut AP, kes tembakan itu berlaku semasa satu perhimpunan besar diadakan melibatkan kira-kira 300 peserta. 


Sebanyak tiga suspek telah diberkas pihak polis untuk siasatan selanjutnya.