Durian Thailand Laris di Nanning

2024-05-13 12:42:14  CRI
Share with:

Durian diimport dari timur Thailand amat laris jualannya di pasaran Nanning, wilayah Guangxi dengan kualiti yang baik dan harga yang lebih rendah.


Terdapat pelbagai varieti durian Thailand ditawarkan di pasar tempatan antaranya jenis Musang King yang dijual dengan harga 39.6 yuan (RM25.96) hingga 56 yuan (RM36.71) per kilo.


Harga bagi sebahagian jenis durian lain pula menurun kepada 31.6 yuan (RM20.72) per kilo.