Ratusan Ribu Burung Hijrah Singgah di Sungai Yalu

2024-05-13 15:42:52  CRI
Share with:

Kira-kira 300,000 ekor burung hijrah didapati singgah di kawasan simpanan tanah lembap muara Sungai Yalu di kota Dandong, provinsi Liaoning. 


Bergelar 'syurga burung hijrah', lokasi itu antara destinasi transit utama bagi burung migrasi dalam laluan penghijrahan Asia Timur-Australia.


Setiap tahun, terdapat beratus-ratus ribu burung migrasi singgah di situ untuk mencari makanan dan berehat sebelum meneruskan perjalanan.


Hari Burung Hijrah Sedunia yang pertama bagi tahun ini disambut pada 11 Mei.


Kerajaan China mengambil pelbagai inisiatif dalam usaha melindungi persekitaran ekologi dan keseimbangan alam, sekali gus menyediakan tempat hidup yang lebih selesa untuk burung berkenaan.