50 Meninggal Bencana Banjir di Indonesia

2024-05-14 12:24:18  CRI
Share with:


Seramai 50 orang meninggal dunia berikutan bencana banjir yang melanda provinsi Sumatra Barat, Indonesia, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara Indonesia (BNPB) pada hari ini.


Selain itu, 27 orang dilaporkan hilang, 37 lagi cedera, dan 3,396 orang dipindahkan ke tempat lebih selamat.


Kini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan.


Musim hujan di Indonesia tahun ini lebih lama berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana fenomena El Nino, hinggakan banjir kilat dan tanah runtuh kerap berlaku di negara itu.