Dialog Kerajaan China-AS Bincangkan Topik AI

2024-05-14 12:34:06  CRI
Share with:

Sesi pertama Dialog Kecerdasan Buatan (AI) Antara Kerajaan China-Amerika Syarikat (AS) akan diadakan di Geneva, Switzerland hari ini.


Kedua-dua pihak akan membincangkan topik-topik seperti risiko sains teknologi di sebalik AI dan tadbir urusnya di peringkat global, serta isu-isu lain yang menjadi perhatian masing-masing.


Dialog itu sebagai langkah untuk melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara sempena pertemuan mereka di San Francisco pada tahun lalu.