Inisiatif Beijing Diketengah, Seru Percepat Pemulihan Ekonomi Dunia

2024-05-14 13:23:09  CRI
Share with:

Komuniti perindustrian dan perniagaan di dunia diseru agar menyumbang ke arah mengekalkan kestabilan dan kelancaran rantai perindustrian dan bekalan global, menggalakkan kitaran ekonomi sejagat serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

 

Seruan itu dibuat menyusul Inisiatif Beijing diketengahkan sempena Sidang Kemuncak Penggalakan Perdagangan dan Pelaburan Global 2024 yang berlangsung di Beijing pada Isnin.

 

Persidangan anjuran Majlis Penggalakan Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT) itu menghimpunkan wakil-wakil 170 buah agensi berkenaan dari 40 negara dan wilayah.

 

Menerusi Inisiatif Beijing, para peserta senada dalam mempercepat pemulihan ekonomi dunia, menegakkan sistem dagangan pelbagai hala berpusatkan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan menambah baik tadbir urus ekonomi global.

 

Mereka sependapat bahawa perlunya diperkasa kolaborasi dan koordinasi antarabangsa untuk memastikan rantaian perindustrian dan bekalan mantap dan lancar.

 

Menyebut kecerdasan buatan (AI), komuniti perindustrian dan perniagaan digalakkan mengambil bahagian secara aktif dalam penggubalan rangka kerja dan piawaian tadbir urus teknologi berkenaan demi kebajikan rakyat.

 

Persidangan itu berfungsi sebagai platform kepada komuniti berkenaan untuk menjalin kerjasama pragmatik dan memupuk momentum baharu pertumbuhan global, selain mewujudkan suasana perniagaan yang adil, telus, stabil dan boleh diramal.