Q&A tentang LCS: Siapakah Pemilik Terumbu Ren'ai?

2024-05-15 16:15:30  CRI
Share with:

Sejak tahun lalu, Filipina kerap kali melakukan provokasi dan mencetuskan kacau-bilau di Laut China Selatan (LCS) dengan mempergunakan sebuah kapal perang usang miliknya yang ditempatkan secara haram di Terumbu Ren'ai selama lebih 20 tahun.

 

Media Barat turut mengambil kesempatan mencanangkan isu berkenaan dengan naratif bahawa China selaku kuasa besar bertindak membuli yang kecil.

 

Fakta tetap fakta. China mempunyai hak kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan terhadap Kepulauan Nansha termasuk Terumbu Ren'ai serta perairan sekitarnya. Ia selaras dengan undang-undang antarabangsa termasuk Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

 

Terumbu Ren'ai merupakan sebahagian daripada Kepulauan Nansha China, yang panjangnya 15 kilometer (km) dengan lebar kira-kira 5.6 km.

 

Aktiviti China di LCS dapat dikesan sejak lebih 2,000 tahun lalu, dan negara Tembok Besar mengekalkan kedaulatan wilayah ke atas kepulauan berkenaan.

 

Dari perspektif undang-undang antarabangsa, tuntutan Filipina ke atas Terumbu Ren'ai tidak mempunyai sebarang asas undang-undang.

 

Merujuk catatan sejarah, semasa tempoh pertuanan Sepanyol dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Filipina, Terumbu Ren'ai tidak pernah dimasukkan dalam lingkungan wilayahnya. Malahan, tiada sebarang bantahan dibangkitkan negara itu mengenai hak kedaulatan China ke atas Kepulauan Nansha termasuk Terumbu Ren'ai.


Oleh kerana itu, terumbu berkenaan tidak pernah menjadi sebahagian daripada wilayah Filipina.

 

Terumbu Ren'ai bukan terra nullius, bukan wilayah Filipina, bukan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Filipina ataupun pelantar benua.

 

Lingkungan wilayah Filipina sudah ditentukan menerusi siri perjanjian antarabangsa, dan Kepulauan Nansha termasuk Terumbu Ren'ai tidak berada dalam lingkungan itu.